Posts

Ole-ole dari Sapa Vietnam

Image
Terdapat banyak jenis ole-ole yang boleh dibawak balik dari bandar Sapa, Vietnam.
Kawasan pergunungan ini terkenal dengan barang makanan seperti kekacang, sayuran dan buahan segar, buah kering dan asam-asam yang uoll suka tu.
Manakala jenis kain baju dari tanah tinggi seperti jaket, topi, mafla, kasut but dan beg-beg etnik banyak untuk dibeli.

Disini barang wajib yang korang kena beli jika ke Sapa. Buah epal bidara (star apple kata orang vietnam) memang sedap dan feberet aku sepanjang disana dan bawwak balik Malaysia lagi.
Cuma tak sempat nak ambil gambar banyak sgt, sejuk terketar kamera pun.
Aku bwk balik byk kacang badam kat sini, ramai kekawan ckp sedap sgt badamnya..berlemak sb masih fresh.









Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Image
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur adalah hotel  5 bintang di Kuala Lumpur.
Mempunyai 560 bilik termasuk suite dan bilik Club, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur merupakan hotel mewah yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan selesa untuk tetamu.

Terletak dekat  Pusat Dagangan Dunia Putra dan bertentangan dengan Pusat Beli-belah Sunway Putra
ia juga berada hampir dgn  'Segitiga Emas'  Kuala Lumpur di mana terdapat kompleks membeli-belah dan hiburan berprestij. Quick facts:

-10 minit dari Segitiga Emas
-Disambungkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
-1 minit berjalan kaki ke stesen Star Light Rail Transit (LRT)
-5 minit berjalan kaki ke Stesen Keretapi Komuter
-10 - 15 minit memandu ke Stesen KL Sentral
-45 minit memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
-Satu stesen dari stesen Star LRT untuk menyambung ke sistem Monorail KL Inner City
-Kemudahan tempat letak kereta disediakan:

Punyalah malas kan nak taip..copy je dari website https://www.seripacifichotel.com/
Harga…

Royce Hotel KL Sentral

Image
Hotel ni terletak dekat dengan KL Sentral. Jalan kaki dalam 10-20 minit.
Dalam booking.com bertaraf 3 bintang.
Katil Queen yang besar dan selesa, bilik agak luas dan bilik air yang cantik.
Hotel ni sederet dengan hotel Sun Inns hotel Kl Sentral tu.

''Royce Hotel menawarkan tempat penginapan di Kuala Lumpur, 3.4 km dari Menara Berkembar Petronas. Ia terletak 8 minit berjalan kaki dari stesen KL Sentral dan dengan akses terus ke lapangan terbang antarabangsa. Tetamu boleh menikmati sarapan di Bricks Diner. Ia juga mempunyai WiFi percuma dan pusat spa. Setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin rata dan cerek. Setiap unit mempunyai bilik mandi peribadi dengan tab mandi atau pancuran mandian. Kemudahan tambahan termasuk jubah mandi, peralatan mandian percuma, pengering rambut, dan panggilan tempatan percuma.''- booking.com
Alamat: Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia